Thursday, September 5, 2013

hidup untuk bahagia

lama bersarang blog ni..jengah tak jengah je...sibuk barangkali..bila teringat sesuatu..jengah balik..tapi semua tetap sama..takde yg berubah pun.

taklama lagi aku akn bergelar ayah..alhamdulillah tuhan permudahkan urusan kehidupan aku di dunia..semua berjalan mengikut putaran nya...kisah lalu aku simpan kemas dlm ingatan aku...aku takkan menoleh kebelakang lagi...aku ada kehidupan baru yang sangat bahagia dan membahagia kan...syukur..syukur..syukur ya Allah...

dia???ntah apa kabar nya...aku sentiasa mendoakan dia bahagia dengan kehidupan mendatangnya..sudah2 la awk nak bergado dengan orang..berfikirlah secara matang mengikut usia...mendoakan yang baik2 saja..in sha Allah moga dipermudahkan jua urusan awak di dunia dan akhirat..amin!!!






Wednesday, December 26, 2012

terimakasih!!

terimakasih awak...awak hadir tepat pada masanya...


Saturday, November 24, 2012

buat awak!!

hurmm awak suka kan gambar ni....haha khas buat awak!!!


Saturday, November 3, 2012

rindu kamu!!

windu eboo...x sabar nk jumpa eboo...lambat sangat bulan 12....!!!


Sunday, October 28, 2012

bff :-)

awak yang kecik ke atau saya yang besar...hahahahahaha!!!


Monday, October 22, 2012

sejenak

"You are the best thing that ever happened to me,". 

Aku tak minta pun. Aku tak pernah buat apa-apa pun supaya terasa diperlukan. Tetapi aku terasa semakin beramanah. Nampaknya Allah kirimkan tanggungjawab kepada aku.

Tanggungjawab.

Untuk meninggikan iman, meluaskan ilmu pandangan, menetapkan akal dan fikiran. Allah kirimi aku sebuah ketelusan jiwa yang kelabu sebagai amanah untuk dipertanggungjawabkan. Bukan kelabu itu yang menjadi keresahan aku. Tapi sejauh mana boleh aku bertahan dengan amanah itu?

Aku tak tahu. 

Tapi tak akan aku sia-siakan amanah itu. Allah kirim dengan bersebab. Aku tak mahu jadi penderhaka lagi. "Dia boleh lagi kalau nak diselamatkan. Dia ada niat. Dia baca Quran kat rumah dia. Dia berfalsafah tentang god existance,". Aku terdiam. Ya. Tapi niat tak cukup untuk berubah. Dia perlu perjuangkan niat itu.

Nawaitu. Allah akan bantu. 

Aku balas pendek, "I pray for her, okay?". Ya. Dan itulah. Doa untuk stranger yang spesifik. Yang aku sangat harap, dia akan jumpa kehidupan bahagia walaupun dia tidak mengenali aku. Hidup bahagia. 

Bahagia dengan cinta. 

Cinta pada penciptanya.

Dan amanah ini, tak akan aku perlakukan sesuka hati. Biarlah apa orang nak cakap kerana aku sudah menjadi penyelamat nyawa manusia lain. I can do even more than that.

Mari. Lihat tanggungjawab di sekeliling kita. Kecil atau besar bukanlah ukurannya. Lihat dengan cinta. Lihat dengan hati yang bersih tanpa menghukum. Lihat dengan tangan yang sedia menghulur bantu.

Kerana kita sama. Apa guna diri ini seandainya hanya memandang dari jauh? Mari. Hulurkan jari. 


Sunday, October 14, 2012

aku yang bersalah

Watch "Farahdhiya - Kau Telah Pergi ( OST Kemboja Putih )" on YouTube

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 11, 2012

rasukan jiwa


Hanya kerana aku ingin kita berdamai tanpa perlu ada prasangka.

Cuma itu. Dan lepaskan ruang untukku berkata-kata. Dan lepaskan rantai ini; biar aku terbang semula. Cuma itu.

I miss the awkward moments. I miss you.

Tak ada punca segala; tak ada angin ribut melanda --
Tiba-tiba kau bina tembok antara kita.
Tiba-tiba kau susun jarak dengan aku berjela-jela.
Dan kau toreh hati aku dengan renungan benci tahap petala.

Dan entah kenapa -- apa yang merasuk jiwa kamu?

Mari, pandang ke sana. Lihat mereka itu yang sedang tertawa. Lihat mereka itu yang bergurau senda. Mereka itu yang berbalas senyum mesra, berbincang rencana untuk hari muka, menatap wajah sama-sama dengan rasa sayang yang berlipat ganda.

Pandanglah ke sana. Itu kita -- yang dulunya tiada berbalah. Tiada sepi mendindingkan bualan. Tiada sunyi melenyapkan bicara. Itu kita yang lama. Sekarang kita lain jadinya. Engkau, engkau; aku, aku.

And really miss you. -AMN-

`maafkan aku DD...bayangan dia masih kekal di minda aku~

Tuesday, October 9, 2012

kehidupan

mengapa hanya sesekali
aku dapat rasai bermanja dalam hidup
dalam kitaran nafas yang lemah
ditusuk bau yang entah apa
dan hidup tersenyum padaku
menyatakan ini akan berakhir.

biarpun dalam mimpi
aku menyentuh kemanjaan
di kesiangan hari aku terjaga
mengharap ceria yang lebih
namun tidak aku terjumpa
melainkan dalam mimpi saja!

kata hidup lagi;
jangan percaya lidah manusia
setelah apa yang hidup beri ---
aku mempercayainya setulus hati
bahkan pada cermin
aku kedekut untuk berbagi.

hidup mencampakkan aku
ke negeri asing penuh debu
dengan manusia-manusia aneh
yang tak kutemui wajah mereka
walaupun setelah kuselak cadar di muka.
kembaraku di negeri terlindung ini;
merantaiku dengan gelak ketawa
juga air mata tangis si penyepi
yang kuyakini palsu belaka.

mereka jua seperti aku
menyandarkan diri pada
kemanjaan hidup tiap hari
dan berusaha mencabut
cadar; daripada wajah terbenci.

hidup;
aku tidak punya kata-kata untuknya.
walaupun setiap saat ia ---
menerpaku dengan lidahnya.


aku memilih untuk tidak jujur


Kadangkala jujur itu ---
Teramat menyeksakan
Bukan sakit untuk berlaku jujur
Tetapi kondisi selepas kejujuran itu;
Terlaksana. Seksa rasanya.

Maka aku memilih
Untuk tidak jujur.

Aku tidak mampu jujur tentang kenapa aku cuba menjauh.
Aku tidak mampu jujur tentang kenapa aku pelik.
Aku tidak mampu jujur tentang kenapa aku begini.
Aku tidak mampu jujur... sungguh.

Jangan paksa aku lagi.


Perlukah aku menyuarakan sendiri semuanya? Tak mampukah kau semua baca apa yang tersirat setiap kali kita bergebang bersama?

Monday, October 8, 2012

dia..haih!!!


Aku : Daripada pagi tadi lagi dah rasa macam nak terjun bangunan.

Dia : Jangan laaaa. Nangis nanti! Nanti kita takde orang sayang kita dah...

Aku : Awakkan ada adik?

Dia : taknak. nak awak laa. mana sama!

Aku : Kadang-kadang rasa takut nak hidup. Kalau la saya boleh teropong masa depan, mesti dulu saya takut pada situasi sekarang ni lepas meneropong apa yang jadi.

Dia : Kita kan ada? Cerita la kat kita. tak payah la sorang-sorang. kita... Kadang-kadang rasa takut nak mati.

Aku : Nak mati tak takut, nak hidup lagi tu yang takut. Tak suka expectations. Tapi dalam hidup, kita selalu ter-expect banyak benda --- yang kadang-kadang tu takkan terjadi pun. Tiap hari bila bangun pagi, mesti terfikir, 'Ada apa lagi untuk aku hari ni?'.

Dia : *terdiam lama*  Lain kali kalau terfikir macam tu, cakap kat diri sendiri, ada saya yg comel. Haaaa.

Aku : *gelak besar*

P/s: Terima kasih; kerana ambil berat, kerana selalu paksa makan ubat dulu, kerana tak pernah bosan selalu layan emo aku, terima kasih. 

Aku: Ana uhibbuki jiddan ya ukhti!

Dia n: Apa maksud tu?

Aku: Google laaaaaa~heh

Friday, October 5, 2012

selamat hari lahir awak!!!!

hari ini....5/10..tarikh lahir awak...selamat hari lahir awak...sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mengiringi kehidupan mendtg awak....

saya xmampu nk sampaikan ucapan ini....sbb sy  xlayak utk jadi sahabat awak....apa tah lagi untuk jd seseorg yg istimewa dlm hidup awak....!!!

hurmmm xtau nk ckp apa....hanya ucapan selamat hari lahir dan semoga di panjang kan umur dan di murahkan rezki awak....amin amin!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 4, 2012

ucapan hari lahir!!!!

hari ini....4/10....hari lahir aku...sama mcm hari2 yg lain....xada beza pon...aku lalui kehidupan yg sangat sibuk setiap hari....

hari ini....genap umur aku 30 tahun....hurmmmm dh semakin tua....sepatut nya pada tarikh ini aku merancang utk meminang dia sbg suri dlm hidup aku...tapi..haih!!!!

tak seperti tahun2 sebelum ini....tahun ni tak ada ucapan selamat dari dia...ye lah...aku bkn sapa2 lagi dlm hidup dia....aku terpaksa akur...perjalanan kehidupan ini telah teratur dan terancang sebegini...apa lagi yg mampu aku buat.....akur dn pasrah

maka bermaksa esok hari lahir awak...insan yang pernah aku sayang....aemiey mohd nor....ingat lgi tahun lepas...sy nk tido...mati2 awak x bg sbb nk wish birthday buat sy...huarghhh.....masih segar sangat2 dlm ingatan saya....saat itu...hurmmm

awak...hadiah utk awak masih saya simpan...sy tak tau samada awak sudi ke tak....iphone, perfume, dan baju temok..semua masih ada awak....!!!!

takde apa nk tulis lagi....hurmmm selamat hari jadi buat saya...moga panjang umur saya, di murahkan rezki saya dan semoga perjalanan hidup saya dipermudahkan.....amin amin amin!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, September 22, 2012

tak bisa memiliki!!!

meski x dpt bersama...aku masih tetap x mampu lupakan kamu...!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, September 16, 2012

khas utk diri sendiri

sesuai dengan situasi aku skrg....hurmmmm!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9